Tuesday, 9 August 2011
ni bulan ramadhan kot...please lah
petang tadi aku pergi menonton wayang...agak pelik sebab ini bulan puasa dan aku pula pergi menonton..aku tengok cerita Wu Xia...cerita cina la ye...masa aku masuk dlm wayang, aku tgk tak ramai org pon..maybe sebab cerita cina kn (agak racist di sini)...tempat duduk aku barisan kedua dari belakang..bermaksud belakang aku ada orang lain la kan...ok...belakang aku ada pasangan melayu...biasalah...selang beberapa tempat dari kedudukan mereka ada seorang lelaki melayu, dan ynag kebiasaan nya adalahislam, sedang makan dan minum dengan jaya nya...beberapa kali aku toleh untuk memberi rasa tidak senang kepada beliau, tapi tak di endahkan...dan aku juga baru tersedar yang pasangan melayu belakang aku tadi adalah kawan lahanat ni...sdang bergelak2 seolah-olah menyokong perbuatan makan di dalam wayang ketika PUASA...si lahanat ni pulak sengaja duduk sebelah pasangan cina tua dan makan dengan selamba nya...aku yang tak ada kena mengena dengan lahanat ni rasa malu dengan perbuatan si lahanat ni...pelik aku...sedangkan orang lain berlumba2 untuk beramal ibadat di bulan mulia ini, ada juga yang tak malu untuk mengingkari suruhan Tuhan...aku bukan nya baik sangat, tapi aku cuba untuk menjadi orang yang lebih baik...sekiranya tak mahu berpuasa, hormatilah orang lain yang sedang berpuasa...bukannya aku keliur tengok lahanat tu makan, cuma rasa jengkel dengan senyum sinis yang di berikan ketika aku melihat gelagat dia makan...selesai cerita, maka kami semua pun keluar..ketika berjalan keluar, aku terdengar mereka bertiga berkata "cerita ni tak best pon, tah pape"..aku yang rasa cerita ni best terus rasa bengang sebab memang lah kau rasa cerita ni tak best, sebab ko tgh sebok makan kt belakang..camne kau nk faham..ish...bodoh lah..aku sebagai orang melayu malu nk mengaku aku melayu sebab orang2 cina yang tengok cerita tu semua pandang sinis kt lahanat tu, tapi dia tak malu pon...aku pulak yang malu bagi pihak dia...kata lah apa pon...kata lah aku ni nk bersangka buruk, tapi realiti nya memang perangai dia buruk...kurang pahala puasa aku tadi sebab membenci lahanat tu...Ramadhan sebulan je...setahun sekali pulak tu...orang India pun puasa lebih dari sebulan...diorang sanggup je...diorang makan sekali sehari je kot...kita ni 2 kali, sahur n berbuka....Tuhan nk bagi kita pahala lebih, kita mintak dosa lebih...astagfirullahalazim....
Friday, 5 August 2011
review filem tipu kanan tipu kiri
sedang aku kebosanan, aku lantas ambil hard drive ku dan mencari suatu cerita yang bisa aku tonton. ternyata aku terpukau dengan tajuk filem ini: tipu kanan tipu kiri..iya, juga tidak lupa pada hero2 cerita ini, hans isaac dan siapa ya nama pelakon indo itu..jadi, selesai menonton, aku kini bingung memikirkan betapa tidak logiknya cerita ini sehingga aku komen ceritanya dari awal hingga akhir....sepertinya aku seorang yang pandai tentang filem, tapi sekiranya di tonton, memang bisa buat semua 'tertipu'..mana kan ada seorang gadis yang dtg dr kampung bisa berbicara dalam bahasa inggeris dgn begitu fasih, mana kan ada, seorang suami yang sgt syg kn isterinya tidak berani berkata benar..adakah begitu mudah sebuah institusi perkahwinan sampai kan seorang isteri bisa mengugut suaminya untuk bercerai? begitu tidak penting kah status perkahwinan dari kerjaya sehingga sanggup menipu seluruh dunia kerana kontrak kerja? dan, adakah lelaki melayu dayus di mata dunia? seorang pukul isteri mengandung, seorang lagi takut kn isteri menceraikannya..filem ini terlalu kebaratan dan agak radikal kerana seorang itu sentiasa mahu mengugut utk membunuh diri..mudah nya hidup jika semua boleh di selesaikan dgn kematian..anggaplah ini satu nukilan rasa seorang insan yang baru saja menonton filem antarabangsa(?) yang tidak berkualiti..kita mampu menghasilkan yang lebih baik...saya yakin kita mampu..tp terpulang anda...
Wednesday, 3 August 2011
Monday, 25 July 2011
home is where you belong
i am
a home
even if you go away
i'll be here waiting
but my time is not forever
i will one day perish
i hope that you can come back
before the day i fall into thousand pieces
a home
even if you go away
i'll be here waiting
but my time is not forever
i will one day perish
i hope that you can come back
before the day i fall into thousand pieces
Monday, 18 July 2011
buat sepupuku, Ajim, yang tersayang
seperti baru semalam aku bersama nya...seperti baru sebentar tadi kami bergurau senda bersama..aku seperti tidak percaya yang sepupu ku, telah pergi menyahut panggilan Ilahi Jumaat lepas. sebelum ini aku menyimpan harapan bahawa dia akan mengimam kan kami sekeluarga untuk solat terawih dan menyampaikan sedikit tazkirah untuk renungan bersama. kami membesar bersama..bermain bersama..aku lah tempat dia mengadu di kala di buli abang2 nya. aku tempat dia menangis di kala dia sedih.. aku juga tempat dia bertanya tentang semua perkara..aku tmpat dia meluah perasaan tidak puas hatinya tentang sesuatu..aku..tatkala Tuhan mengambil dia dari kami sekeluarga, aku terdiam.aku bagai bisu mendengar berita itu..kenapa? kerana aku mengharapkan keajaiban berlaku. aku juga mengharapkan ini cuma mimpi burukku. aku berharap, bila aku bangun nanti, dia masih bersama kami, masih boleh tersenyum mesra, dengan senyuman manis yang selalu dia lemparkan pada kami. aku sehingga terfikir, kenapa Tuhan menduga kami sebegini..aku terfikir kami tidak mampu untuk menghadapi dugaan ini..tapi, bukankah Tuhan akan menduga ciptaanNya yang mana Dia tahu mampu untuk menangani dugaanNya itu. maka kami, adalah keluarga yang di duga itu, kerana mungkin kami sebenarnya mampu untuk di duga..mungkin..aku cuba kuat kan semangat di hadapan makcik yang baru kehilangan anak kesayangannya, aku tidak menangis di kala aku terima berita buruk itu..bahkan aku mengingatkan adik2 ku tentang kisah2 lucu kami bersama. aku ceritakan kebaikan dia pada semua, dengan harapan aku tidak menangis..namun, aku kalah pada gelapnya malam, aku menangis di kala lampu bilik ku di tutup. dalam kegelapan itu, aku terbayang dia. aku teringat dia. aku rindu senyum manis nya. aku rindu semua tentang dia..tiba hari esok, aku sibukkan diri untuk mengatur semua untuk kenduri arwah..makcik ku meminta adikku yang sebaya sepupu ku itu menjadi anaknya..sebak dada ku mendengar permintaan itu..seraya itu adikku menjawab bahawa kami semua anak nya.ku lihat makcik ku gagah menghadapi dugaan ini..tapi aku tewas bila kami sekeluarga di panggil untuk melihat dia untuk kali terakhir sebelum kafan di tutup..aku lihat keluarga dia dengan gagah mencium dia untuk kali terakhir..dengan tabah terpaksa memikul realiti bahawa mereka sudah hilang seorang anak, seorang adik. tabahnya mereka dari aku..aku tahankan air mata di saat aku lihat dia..aku hanya lihat untuk seketika. ketika aku rasakan aku bakal menangis, aku berlalu pergi.aku tidak mengikut mereka untuk pengebumian..aku tidak sekuat yang aku sangka.aku diam di bilik nenek ku..selesai semua, aku yang sememangnya kepenatan, ,merebahkan diri di bilik nenek dan tidur seketika..hilang selera makan ku padahal aku sememangnya lapar. bangkit dari tidur, aku bergegas ke dapur..sekali lagi aku mengharapkan tidurku yang 10 minit itu menjanjikan mimpi indah dan semua ini hanya mainan tidur ku, tapi nyata aku cuma menipu diri sendiri kerana aku tahu dia telah tiada..aku ayunkan langkah kaki ku mencari makcikku, dan ku bertanya kan khabar dia..dia tersenyum dan bertanya kan keadaan aku. mungkin dia tahu aku sembunyikan perasaan sebenarku. lantas makcikku bertanyakan tentang cerita hari perkahwinan ku..mungkin untuk menukar topik perbualan dan menenangkan aku yang sememangnya sudah tak senang duduk di kala aku tahu ini realiti yang terlalu pahit untuk ku telan...memang ini dugaan kedua terbesar ku setelah Tuhan ambil datukku tahun lepas..tahun ini Dia ambil sepupuku, yang bagaikan adikku, untuk bersama Dia..Tuhan memang ternyata sayangkan mereka..kadang2 aku mahu marah pada Dia,mengapa begitu kejam terhadap ku.. tapi itu sudah suratan takdir dan aku harus bersabar dan menerima hakikat bahawa insan yang aku sayang telah pergi jauh dari ku...aku mohon pada Tuhan untuk beri aku kekuatan, kesabaran, ketabahan untuk menjalani bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..moga Ramadhan kali ini dapat menyembuhkan hatiku yang sedang berdarah ini.ya, aku perlu tabah tapi aku tak mampu menahan kesedihan ku..bahkan di kala aku sedang menulis ini, air mata ku bergenangan..
Tuesday, 12 July 2011
hari ini dalam sejarah
hari ini dalam sejarah, saya gembira. biar pun penat, tapi gembira. bila kita bertemu insan tersayang, kita gembira. melihat senyuman di wajah sudah menjadi kan hari ini bagai di syurga. ternyata kepulangan ku kali ini di sambut dengan ceritera indah, madah dan tutur lembut dari yang tersayang. nyata hari ini saya gembira. tapi esok, harus saya pulang untuk meneruskan apa yang tergendala dan dengan ingatan segembira ini, saya yakin saya mampu untuk terus berjuang.
Saturday, 9 July 2011
kalau takut jangan la buat ye..
kalau kau takut nk ade relationship, jgn cari org untuk kau bermanja2...kalau ko dah tau arak tu haram, jangan cube..kalo ko tau dadah tu tak elok untuk ko, jangan amik...kalo ko takut nk buat dosa, jangan cube ape2 pon ynag ko rasa boleh bawak kepada dosa..kalau ko rasa ko x boleh nk handle the truth, nk handle perasaan lepas buat dosa2 yg ko dh buat tu, xpayah terpikir nk buat satu pon...tolong lah sedar diri...either ko pilih untuk jadi baik, or ko terima kenyataan yang ko ni insan yg ade dosa jugak, mcm org lain...
Subscribe to:
Posts (Atom)
