Monday 18 July 2011

buat sepupuku, Ajim, yang tersayang

seperti baru semalam aku bersama nya...seperti baru sebentar tadi kami bergurau senda bersama..aku seperti tidak percaya yang sepupu ku, telah pergi menyahut panggilan Ilahi Jumaat lepas. sebelum ini aku menyimpan harapan bahawa dia akan mengimam kan kami sekeluarga untuk solat terawih dan menyampaikan sedikit tazkirah untuk renungan bersama. kami membesar bersama..bermain bersama..aku lah tempat dia mengadu di kala di buli abang2 nya. aku tempat dia menangis di kala dia sedih.. aku juga tempat dia bertanya tentang semua perkara..aku tmpat dia meluah perasaan tidak puas hatinya tentang sesuatu..aku..tatkala Tuhan mengambil dia dari kami sekeluarga, aku terdiam.aku bagai bisu mendengar berita itu..kenapa? kerana aku mengharapkan keajaiban berlaku. aku juga mengharapkan ini cuma mimpi burukku. aku berharap, bila aku bangun nanti, dia masih bersama kami, masih boleh tersenyum mesra, dengan senyuman manis yang selalu dia lemparkan pada kami. aku sehingga terfikir, kenapa Tuhan menduga kami sebegini..aku terfikir kami tidak mampu untuk menghadapi dugaan ini..tapi, bukankah Tuhan akan menduga ciptaanNya yang mana Dia tahu mampu untuk menangani dugaanNya itu. maka kami, adalah keluarga yang di duga itu, kerana mungkin kami sebenarnya mampu untuk di duga..mungkin..aku cuba kuat kan semangat di hadapan makcik yang baru kehilangan anak kesayangannya, aku tidak menangis di kala aku terima berita buruk itu..bahkan aku mengingatkan adik2 ku tentang kisah2 lucu kami bersama. aku ceritakan kebaikan dia pada semua, dengan harapan aku tidak menangis..namun, aku kalah pada gelapnya malam, aku menangis di kala lampu bilik ku di tutup. dalam kegelapan itu, aku terbayang dia. aku teringat dia. aku rindu senyum manis nya. aku rindu semua tentang dia..tiba hari esok, aku sibukkan diri untuk mengatur semua untuk kenduri arwah..makcik ku meminta adikku yang sebaya sepupu ku itu menjadi anaknya..sebak dada ku  mendengar permintaan itu..seraya itu adikku menjawab bahawa kami semua anak nya.ku lihat makcik ku gagah menghadapi dugaan ini..tapi aku tewas bila kami sekeluarga di panggil untuk melihat dia untuk kali terakhir sebelum kafan di tutup..aku lihat keluarga dia dengan gagah mencium dia untuk kali terakhir..dengan tabah terpaksa memikul realiti bahawa mereka sudah hilang seorang anak, seorang adik. tabahnya mereka dari aku..aku tahankan air mata di saat aku lihat dia..aku hanya lihat untuk seketika. ketika aku rasakan aku bakal menangis, aku berlalu pergi.aku tidak mengikut mereka untuk pengebumian..aku tidak sekuat yang aku sangka.aku diam di bilik nenek ku..selesai semua, aku yang sememangnya kepenatan, ,merebahkan diri di bilik nenek dan tidur seketika..hilang selera makan ku padahal aku sememangnya lapar. bangkit dari tidur, aku bergegas ke dapur..sekali lagi aku mengharapkan tidurku yang 10 minit itu menjanjikan mimpi indah dan semua ini hanya mainan tidur ku, tapi nyata aku cuma menipu diri sendiri kerana aku tahu dia telah tiada..aku ayunkan langkah kaki ku mencari makcikku, dan ku bertanya kan khabar dia..dia tersenyum dan bertanya kan keadaan aku. mungkin dia tahu aku sembunyikan perasaan sebenarku. lantas makcikku bertanyakan tentang cerita hari perkahwinan ku..mungkin untuk menukar topik perbualan dan menenangkan aku yang sememangnya sudah tak senang duduk di kala aku tahu ini realiti yang terlalu pahit untuk ku telan...memang ini dugaan kedua terbesar ku setelah Tuhan ambil datukku tahun lepas..tahun ini Dia ambil sepupuku, yang bagaikan adikku, untuk bersama Dia..Tuhan memang ternyata sayangkan mereka..kadang2 aku mahu marah pada Dia,mengapa begitu kejam terhadap ku.. tapi itu sudah suratan takdir dan aku harus bersabar dan menerima hakikat bahawa insan yang aku sayang telah pergi jauh dari ku...aku mohon pada Tuhan untuk beri aku kekuatan, kesabaran, ketabahan untuk menjalani bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..moga Ramadhan kali ini dapat menyembuhkan hatiku yang sedang berdarah ini.ya, aku perlu tabah tapi aku tak mampu menahan kesedihan ku..bahkan di kala aku sedang menulis ini, air mata ku bergenangan..

No comments:

Post a Comment