Tuesday 5 July 2011

maaf kan aku

perjalanan hidup tak selalu indah, aku mengerti. tapi bila yang tersayang di ambil dgn tiba2, aku marah. aku sedih. aku kecewa. aku mula berdendam.tapi aku tahu semua tak lama. maka, aku cuba buang rasa sedih, marah, kecewa dan dendam itu. semua sudah hampir terhapus kecuali satu; sedih. ya, aku tahu susah, tapi aku gagahi hidup dengan berpura2 ceria di hadapan semua. aku bimbang jika aku menangis, maka semua yang mengharapkan aku gagah akan gugur satu persatu. aku tidak mampu melihat itu berlaku. aku pura2 kuat, tapi hati ku bagai di hiris belati tajam setiap hari. tiada yang tahu isi hati ini. segagah mana imej yang aku cuba tonjolkan, tapi kadang kala aku tewas dgn air mata. ya, aku tidak menangis di hadapan sesiapa, aku tidak mengadu atau meronta.aku menangis sendiri, tanpa kata2 semangat dari org lain. aku mahu pelukan hangat, kata2 semangat seperti 'semuanya akan baik2 belaka' tapi aku tahu semua tidak akan membantu aku untuk menghadapi dunia. aku cuba. datang pula musibah lain. aku terpisah, dengan insan yang aku paling hargai, sayangi. insan yang aku paling percaya, yang aku tahu kata2 nya mampu mengubah pendapat aku, kata2 nya mampu buat aku tenang, usapan nya mampu buat aku rasa di hargai, sokongan nya mampu buat aku mengubah dunia. tapi kini, semua tinggal kenangan. esok adalah hari penentuan. aku harap dia bisa memaafkan aku.aku harap aku tidak menangis tika dia meluahkan rasa isi hatinya kepada ku. aku harap dia faham apa yang aku sedang lalui ini bukan sekadar ikutan, tapi tekanan yang tak tertanggung lagi.

No comments:

Post a Comment