Monday 24 October 2011

bermulanya di sini

sudah sekian lama aku tidak menulis di ruangan ini kerana kesibukan kerja yang kadang kala membuatkan aku rasa mahu cuma duduk dan mengeluh. mungkin belum dapat aku mengaasi rasa penat lelah bekerja seharian kerana baru memasuki alam itu. mungkin dalam jangka masa yang tertentu aku dapat menyesuaikan diri ku dengan jadual yang baru ini. semua perkara pun perlukan satu permulaan dan permulaan setiap perkara itu tidak selalunya indah dan mudah. bermula nya sesuatu bermakna akan berakhir nya sesuatu. bermulanya alam perkahwinan nermakna berakhirnya alam bujang, bermulanya alam pekerjaan, berakhirnya alam menganggur, bermulanya kehadiran anak2, terbataslah ruang bermanja bersama suami atau isteri. tapi aku yakin, semua itu akan membuahkan hasil yang tidak terperi nikmatnya. Tuhan itu Maha Adil. bersyukurlah ke atas nikmatnya.

No comments:

Post a Comment