Friday 5 August 2011

review filem tipu kanan tipu kiri

sedang aku kebosanan, aku lantas ambil hard drive ku dan mencari suatu cerita yang bisa aku tonton. ternyata aku terpukau dengan tajuk filem ini: tipu kanan tipu kiri..iya, juga tidak lupa pada hero2 cerita ini, hans isaac dan siapa ya nama pelakon indo itu..jadi, selesai menonton, aku kini bingung memikirkan betapa tidak logiknya cerita ini sehingga aku komen ceritanya dari awal hingga akhir....sepertinya aku seorang yang pandai tentang filem, tapi sekiranya di tonton, memang bisa buat semua 'tertipu'..mana kan ada seorang gadis yang dtg dr kampung bisa berbicara dalam bahasa inggeris dgn begitu fasih, mana kan ada, seorang suami yang sgt syg kn isterinya tidak berani berkata benar..adakah begitu mudah sebuah institusi perkahwinan sampai kan seorang isteri bisa mengugut suaminya untuk bercerai? begitu tidak penting kah status perkahwinan dari kerjaya sehingga sanggup menipu seluruh dunia kerana kontrak kerja? dan, adakah lelaki melayu dayus di mata dunia? seorang pukul isteri mengandung, seorang lagi takut kn isteri menceraikannya..filem ini terlalu kebaratan dan agak radikal kerana seorang itu sentiasa mahu mengugut utk membunuh diri..mudah nya hidup jika semua boleh di selesaikan dgn kematian..anggaplah ini satu nukilan rasa seorang insan yang baru saja menonton filem antarabangsa(?) yang tidak berkualiti..kita mampu menghasilkan yang lebih baik...saya yakin kita mampu..tp terpulang anda...

No comments:

Post a Comment